Saturday, January 10, 2009

VISI DAN MISI





MISI

Misi Jabatan Pertanian adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian dan seterusnya pendapatan golongan sasaran dengan tumpuan di dalam sub-sektor makanan melalui pembangunan tanaman dan aktiviti hiliran yang berdaya maju, penggunaan teknologi moden dan penguatkuasaan pelbagai akta.



VISI



Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti serta selamat, pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.





PELAN INDUK PERTANIAN SELANGOR



1.Meningkatkan Sumbangan Sektor Pertanian Bagi Mengurangkan Bil Import Bahan Makanan
2.Pengeluaran Produk Pertanian Yang Berkualiti Tinggi Dengan Penggunaan Teknologi Moden
3.Meningkatkan Pendapatan Petani, Penternak Dan Nelayan
4.Pengurusan Sumber Asli Secara Berhemah
5.Meningkatkan Pengeluaran Bahan Mentah Bagi Menyokong Industri Pemprosesan Makanan



6.Menjadikan Negeri Selangor Sebagai Pengeluar Utama Makan Berperoses Yang Mempunyai Sijil Salm, Som,splam, Vhm, Salt, Gmp Dan Haccp.

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT PERTANIAN DAERAH GOMBAK/PETALING, SELANGOR.
Forum atau blog ini ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat khususnya di daerah Gombak dan Petaling untuk mendapatkan maklumat semasa dan terkini berkaitan program dan aktiviti Jabatan Pertanian.
Kami akan memberikan pelbagai informasi berkaitan pertanian samada yang melibatkan industri pertanian, industri asas tani atau pun pertanian sebagai hobi yang boleh memberi banyak manafaat kepada anda semua.
Tuan/puan juga diharap dapat memberikan maklumbalas dan kerjasama agar sektor pertanian di negara kita benar-benar boleh menyumbang ke arah ekonomi negara serta memperbaiki kehidupan para petani amnya.